AGEN ALTAMIS DIPERLUKAN

AGEN ALTAMIS DIPERLUKAN
ALTAMIS Terma dan Syarat : Dropship juga dialu-alukan...
1. Pembelian adalah secara i. Karton (1 karton 36 botol) - penghantaran rm15.00 Semenanjung Malaysia Sehelai T-Shirt percuma!!!(selagi stok masih ada!!)
2. Sila emel di afreena_lynn@yahoo.com untuk keterangan lanjut. Sila buat pembayaran ke akaun berikut : Maybank 114187418180 Azleen Kamaruddin
3. ALTAMIS hanya akan dihantar selepas pembayaran penuh.

Rebutlah peluang bagi menambahkan rezeki untuk membantu keluarga.. Ianya memang sangat berbaloi dan sesuai untuk dijadikan suppliment untuk badan kita!!! Saya akan sentiasa pastikan jika ada costumer dari kawasan anda ingin mengambil secara COD (Cash On Delivery) ..saya akan referkan kepada anda!!!!

Giveaway Ramadhan kembali lagi!!

1 kapsul 400mg AHS mengandungi 315g serbuk habbatus sauda asli di dalam kapsul halal, selebihnya adalah bahan tidak aktif yg berfungsi mengelakkan AHS drp teroksida.

diproses dan dikilangkan di Malaysia oleh
Sepctrum Technologies & Services (SA0151054-H)
Altamis Habatus Sauda dengan kelulusan KKM (MAL13045030TC)
saranan pengambilan harian :
2 kapsul pagi & 2 kapsul malam

harga RM36/botol/60 kapsul

untuk penjimatan pos
belian 1 - 2 botol, kos pos SM RM6
SS RM9
Ariffbillah Habbatus sauda,

Habbatus sauda penawar kepada 1001 penyakit.. bukan ubat hanya supplemen
Kesannya ke atas individu adalah berbeza.

Disyorkan untuk yang ingin mengamalkan AHS , supaya merajinkan diri meminum lebih air masak, a
t least 10 gelas sehari @ 2 liter, lebih adalah lebih baik.

Air adalah agen terbaik utk penyingkiran asid & toksid dalam badan.

Jika anda ada memakan supplemen lain, mahupun ubatan hospital, sila jarakkan pengambilan dalam tempoh 1 jam.

Dos yang disyorkan adalah 2 kapsul pagi & 2 kapsul malam.. diambil sebelum/selepas makan.
Kesan pemulihan lebih optima jika diambil sebelum makan.

1 botol AHS ada 60 kapsul , cukup utk keperluan 15 hari.. jadi untuk percubaan 1 bulan kami mcadangakan beli 2 botol.

Jom bersama kita amalkan habbatus sauda adalah salah satu pemakanan sunnah.

Berita di Kosmo!!!

Berita di  Kosmo!!!
(sila klik pada gambar)

Kita digalakkan doa setiap hari. Dan diantara doa yang makbul adalah ketika selesai solat fardhu, ketika waktu hujan dan sepertiga malam. InsyaAllah, makbul doa kita. p/s: Amalkan makanan sunnah Habbatussauda. Pahala confirm dapat. Kebaikan pasti menyusul.

Kupasan Hadith

Hadith yang paling masyhur ialah yang diriwayatkan dalam kitab Sahih al-Bukhari seperti berikut: Diriwayatkan oleh Khalid bin Sa'ad:

Kami dalam perjalanan keluar dan Ghalib bin Abjar menemani kami. Dia telah jatuh sakit dalam perjalanan dan bila kami sampai di madinah dia masih sakit. Ibn Abi 'Atiq datang menziarahi kami dan berkata kepada kami: Tetaplah kamu dengan Habbatussauda ini.

Maka ambillah 5 atau 7 biji Habbatussauda dan hancurkan nya dan masukkan nya kedalam lubang hidung….. bahawa 'Aishah telah meriwayatkan kepada saya bahawa dia telah mendengar Rasulullah Rasulullah X bersabda:

Sesungguhnya HabbatusSauda' ini adalah penawar segala penyakit, kecuali mati.

Apa maksud ‘tetaplah kamu dengan Habbatus Sauda’?

1. Mengikut pendapat ahli ilmu dan ahli bahasa Arab, ia bermakna hendaklah melazimkan pengambilan dan penggunaan Habbatussauda berterusan selama yang termampu. Dengan lain perkataan ia hendaklah menjadi sebahagian dari kehidupanharian selagi termampu.

2. Juga tidak dinyatakan dalam hadith ini supaya ambil Habbatussauda hanya apabila sakit, oleh kerana itu orang yang sihat juga boleh berterusan mengambil Habbatussauda untuk menjaga kesihatan dan juga supaya dapat mencegah penyakit yang mungkinakan menimpanya.

3. Untuk memudahkan pengambilan Habbatussauda ini secara berterusan, ia juga boleh diambil secara bersendirian mentah (bijinya), atau dicampur (serbuk) dengan bahan-bahan lain seperti madu atau minyak zaitun atau dalam masakan dan minuman.

Apakah makna ‘penawar bagi segala penyakit’?

Ibn al-Qayyim telah menukilkan dalam kitabnya ‘al-Tibb al-Nabawi’ bahawa makna perkataan ‘kulli’ (semua/segala) adalah seperti tafsir kepada ayat: yang menghancurkan ’segala’ sesuatu dengan perintah Tuhannya. Yakni angin itu memusnahkan segala manusia dan rumah-rumah kediaman tetapi ia tidak memusnahkan gunung-ganang, sungai-sungai, matahari dan bulan. Ini adalah lafaz ‘am yang bermaksud khusus. Ini ialah termasuk dalam ilmu ‘balaghah’ dalam bahasa Arab.

Dari maksud yang yang sama penawar ’segala’ penyakit itu bermakna yang boleh menawar banyak penyakit (dan tidak menghalang dari merawat penyakit dengan lain-lain ubat) kecuali penyakit yang ditakdirkan membawa kematian. Itulah maksud ‘illa al-Sam’.

4. Hadith ini juga memberi isyarat kepada umat Islam supaya membuat kajian dan selidikan tentang rahsia penawar Habbatussauda. Maka ini bermakna telah menjadi tanggungjawab kepada saintis-saintis supaya menggali rahsia perubatan Habbatussauda ini dan kemudian mengemukannya kepada dunia supaya dapat menolong manusia dalam usaha mengurangkan penderitaan akibat penyakit.

Kajian hendaklah mengikut tujuan berikut:

a. mengenalpasti kandungan-kandungan dalam Habbatussauda.

b. mengenalpasti bahan-bahan aktif yang boleh menyembuhkan penyakit.

c. mengenalpasti bahan-bahan dan kombinasi bahan-bahan yang menyebabkan penawar, penyembuhan, atau pengurangan.

d. Mencari kaedah dan methodologi yang boleh digunapakai untuk perubatan.

5. As-Sam (mati) Habbatussauda tidak dapat mengubati mati dan setiap kematian itu ada sebabnya. Oleh itu hendaklah difahami bahawa penyakit-penyakit yang ALLAH Ta’ala telah takdirkan untuk membawa sebab kepada kematian tidaklah dapat diubati lagidengan Habbatussauda. Dari sini kita boleh faham makna ’shifa min kulli da’ illa asSam’ ‘ penawar bagi segala penyakit kecuali mati’. Maka inilah adalah kebenaran atas kebenaran.

Namun begitu tidaklah bermakna ikhtiar untuk mengubati penyakit itu perlu dihentikan kerana berusaha untuk berubat itu disuruh. Dan jika Habbatussauda itu tidak memberi kesan terhadap penyakit itu, maka besar kemungkinan ia termasuk salah satu daripenyakit yang akhirnya menjadi as-Sam, dan as-Sam itu akan datang samada lambat atau cepat .

6. Merawat penyakit dengan Habbatussauda tidak bermakna meninggalkan kaedah-kaedah perubatan lain terutama perubatan moden. Malah dalam banyak kes, ia memperkuatkan dan menolong lagi kaedah-kaedah tersebut. Ia adalah lebih kepada ‘Complementary and Complimentary’ .Sebagai penawar dipercayai Habbatussauda boleh:

a. menjadi penyembuh dengan kekuatan sendiri

b. menolong menjadi kesan ubat lain lebih kuat dan efektif

c. kombinasi dengan herba/ubat lain dapat menyembuhkan penyakit

d. menolong mengurangkan kesan sampingan ubat lain terutama ubat moden - atau therapy yang membawa kesan sampingan yang teruk seperti chemotherapy / radiotherapy.

e. mengurangkan penderitaan akibat penyakit

f. mempercepatkan penyembuhan dari kecederaan atau pembedahan.

g. menolong mencegah penyakit dari menjadi lebih teruk

7. Jika tiada apa-apa sebab sekalipun untuk mengambil Habbatussauda samada dari segi kesihatan dan masalah-masalah pun begitu digalakkan juga untuk mengambil Habbatussauda ini secara berterusan semata-mata kerana berkat hadith dan suruhan dari yang disayangi Rasulullah SAW .

KHASIAT HABBATUS SAUDA

Habbatus Sauda adalah sejenis tumbuhan dallm bentuk rumput kecil, mempunyai batang yang tingginya lebih kurang setengah hasta, mengeluarkan bunga yang berwarna biru yang terdapat di dalamnya biji Habbatussauda. Tumbuhan ini terdapat di negara Arab dan dikenali dengan pelbagai nama seperti Habbatussauda(Mesir , Syam), dalam Bahasa Inggeris dipanggil Nigella Sativa atau Black Cumin. Produk mempunyai khasiat yang amat tinggi.

Mengandungi lebih drp 67 kandungan bahan aktif di dalamnya. Bahan-bahan ini dapat membantu menyembuhkan beberapa penyakit yang sering dihadapi oleh manusia. Hsauda ini ialah satu supplement/ubat yg membetulkan perjalanan sistem tubuh seseorang individu itu. Ianya akan membersihkan darah dan menjadikan individu itu lebih bertenaga dan sihat .

Tujuh ciri-ciri nilai pemakanan utama habbatus sauda:

1. Kaya dengan Monosaccharide Glukosa, xylosa dsb. polysaccharide fatty acid yang tidak tepu. EFA tidak boleh dihasilkan oleh badan kita, oleh itu sumber utamanya ialah dari pemakanan. Amino acid yang membentuk protein. Karotene iaitu sumber vitamin A kalsium, zat besi, dsb.
2. Sistem imunisasi- Kajian yang dilakukan di Arab Saudi mendapati, habbatus sauda berupaya meningkatkan sistem imunisasi anda (daya melawan penyakit). Oleh itu ia mungkin penting dalam pengawalan kanser, AIDS dan penyakit-penyakit berkaitan yang lain.
3. Anti-histamine- Histamine ialah bahan yang dikeluarkan oleh sel-sel mast di dalam badan yang menyebabkan kesan-kesan allergik (alahan). Habbatus sauda mengandungi bahan yang menghalang protein kinase C, sejenis bahan yang mencetus penghasilan histamine. Oleh kerana penghidap penyakit asma selalunya mengalami masalah alahan, habbatus sauda mungkin baik diambil secara berterusan oleh pesakit-pesakit ini.
4. Anti-tumor- Kajian in vitro mendapati habbatus sauda berupaya menghalang pembentukan sel-sel tumor. Oleh itu, ia baik untuk digunakan untuk membantu menghalang penyakit kanser.
5. Anti-bakteria- Penyelidikan ke atas bahan ini mendapati ia mempunyai aktiviti anti-bakteria . Habbatus sauda didapati berupaya mengawal bakteria seperti E.coli, V.cholera dan spesies Shigella. Ini bermakna habbatus sauda baik untuk mereka yang menghidapi beberapa jenis penyakit seperti cirit-birit dan masalah-masalah perut yang lain.
6. Anti-radang (anti-inflammation)- Habbatus sauda didapati boleh mengurangkan radang (bengkak). Oleh itu ia baik untuk pesakit asma (mengurangkan radang dalam paru-paru), eczema (alahan yang menyebabkan gatal, kulit merah dsb.) dan arthritis (bengkak sendi).
7. Menggalakkan pengeluaran susu- Kombinasi lemak dan hormon yang didapati di dalam habbatus sauda menyebabkan pengeluaran susu ibu yang menyusukan bayi bertambah.

KAJIAN PERUBATAN

Sejak tahun 1959, lebih dari 200 kajian dihasilkan oleh universiti di peringkat antarabangsa dan artikel yang dikeluarkan oleh berbagai journal perubatan telah menunjukkan penemuan yang baik bagi menyokong khasiat tradisional Habbatus Sauda yang telah direkodkan semenjak 2tahun lalu. Berikut ialah sebahagian dari kajian dan artikel perubatan tentang Habbatus Sauda:-

Ibnu Sina- Habbatus Sauda merangsang tenaga dan membantu memulihkan kepenatan dan semangat. (Buku Ibnu Sina "Canon of Medicines")

Ibnu Qayyim- Habbtus Sauda berupaya memulihkan penyakit seperti batuk, "bronchitis", masalah perut, kecacingan, masalah kulit seperti jerawat, sakit senggugut dan haid, menambah susu badan wanita, menambah pengaliran air liur dan sebagainya. (Buku Ibnu Qayyim "Medicine of the Prophet")

Dr Ahmad Elkadi pula membuat kajian dan mendapati Habbatus sauda mempertingkatkan daya tahan sakit (immune system). Antara bahan-bahan kandungan Habbatus sauda ialah Fixed Oil (saturated dan unsaturated), Minyak-minyak Asas (sterol, thymohydroquinone, carvone, limonine, cymene), Alkaloids, Saponin dan Asid Amino.

Professor G. Rietmuller- Bahan ekstrak Habbatus Sauda menunjukkan kesan amat positif terhadap sistem immunisasi badan dan boleh digunakan sebagai "bio-regulator'. (Professor G. Rietmuller, Director of Institute of Immunology, University of Munich, Germany)

Dr. Ahmad El-Qadi (Islamabad, Pakistan) dan Dr. Usama Qandil (Florida, USA) mendapati pengambilan 1 gram Habbatus Sauda sebanyak dua kali sehari mempunyai kesan peningkatan yang mengagumkan terhadap fungsi immuniti badan. Penemuan ini dianggap penting untuk memungkinkan penggunaan Habbatus Sauda sebagai bahan peningkatan immuniti semula jadi badan untuk rawatan kanser, AIDS dan penyakit-penyakit yang lain berkaitan kekurangan immuniti badan.

Kajian oleh Dr. Haq terhadap sukarelawan pesakit AIDS di Department of Biological and Medical Research Centre, Rilyadh menunjukkan bahawa Habbatus Sauda berupaya meningkatkan kadar diantara 'helper T-cells' dan 'suppresser T-cells' sebanyak 55%. Aktiviti 'natural killer cells' juga menunjukkan peningkatan purata sebanyak 30%.

Dr. Peter Schleicher, seorang pakar immunisasi (immunologist) di Munich mendapati Habbatus Sauda berjaya menyembuhkan seramai 420 daripada 600 orang sukarelawan pesakit allergik. Kebanyakan pesakit-pesakit ini mengidap allergik terhadap 'pollen' dan habuk, jerawat dan saraf kulit, pesakit lelah dan pesakit-pesakit yang pada amnya mempunyai daya tahan yang lemah terhadap jangkitan. (Nota: Dr. Peter Schleicher telah dipilih sebagai ahli paling muda di World Academy of Scientist)

Penyelidik Amerika menulis laporan pertama di dunia mengenai kesan 'anti-tumor' yang ditunjukkan oleh Habbatus Sauda. ("Study of the Effects of Nigella Sativa on Humans")

Professor Michael Meurer- Habbatus Sauda berupaya menghentikan 'inflammations' dan masalah saraf kulit (neurodermitis) (Professor Michael Meurer, Dermatology Clinic of Munich, Germany)

Saintis-saintis di Cancer and Immuno-Biological Laboratory of Germany mengesahkan Habbatus Sauda berupaya meransang 'bone marrow' dan sel-sel immuniti, meningkatkan penghasilan 'interferon' dan mempertahankan sel-sel biasa terhadap kesan kemusnahan sel oleh virus. Habbatus Sauda juga berupaya memusnahkan sel-sel tumor dan meningkatkan bilangan antibodi yang menghasilkan "B cells".


Nabi Muhammad S.A.W. bersabda dalam Haditsnya yang dikutip dari kitab Ash Shahihain ”Gunakanlah Habbatus Sauda’ kerana di dalamnya terdapat sejenis ubat dari segala jenis macam penyakit kecuali As Sam (maut)” (HR.Bukhari, Muslim)

Antara bahan-bahan kandungan Habbatus Sauda ialah Fixed Oil (saturated dan unsaturated), Minyak-minyak Asas (sterol, thymohydroquinone, carvone, limonine, cymene), Alkaloids, Saponin dan Asid Amino.

Dalam kitab Al Tibb An-Nabawi (Pengobatan Cara Nabi) yang ditulis Ibnu Qayyim Al-Jauziyyah, Habbatus Sauda’ dikenal juga sebagai Al Habbah Al Barokah. Dalam kitab tersebut disebutkan bahwa Habbatus Sauda’ dapat mengubati 50 macam penyakit tanpa efek. Suatu ulasan ilmu kedoktoran menampilkan bahawa kandungan Habbatus Sauda’ antara lain:

* Antiinflamasi, mengubati perih/radang tenggorokan.
* Antiarthritis, mengubati reumatik.
* Analgesik, mengubati sakit gigi dan sakit kepala (migrain).
* Aktivitas hormon, mengatur haid dan meningkatkan aliran susu.
* Antiseptik, mengubati bau mulut.
* Antivirus, mengubati demam dan flu.
* Dermatologi, mengubati jerawat dan eksim.
* Urinary tract, mengubati saluran kemih dan batu ginjal.
* Sistem kekebalan, meningkatkan daya tahan tubuh untuk menangkal penyakit.
* Gastrointestinal tract, mengubati mabuk, diare, kejang konstipasi, dan empedu.
* Sistem sirkulasi, meningkatkan kinerja jantung.
* Nematocidal, mengubati cacing pita.
* Respiratory tract, mengubati sesak nafas (asma).

Di bawah ini kami sertakan 7 ciri-ciri utama habbatus Sauda:

1. Nilai pemakanan

Habbatus Sauda kaya dengan:

~ monosaccharide glukosa, xylosa dsb.

~ polysaccharide

~ fatty acid yang tidak tepu (unsaturated essential fatty acids, EFA). EFA tidak boleh dihasilkan oleh badan kita, oleh itu sumber utamanya ialah dari pemakanan

~ amino acid yang membentuk protein

~ karotene iaitu sumber vitamin A

~ kalsium, zat besi, dsb.

2. Sistem imunisasi

Kajian yang dilakukan di Arab Saudi mendapati, habbatus Sauda berupaya meningkatkan sistem imunisasi anda (daya melawan penyakit). Oleh itu ia mungkin penting dalam pengawalan kanser, AIDS dan penyakit-penyakit berkaitan yang lain.

3. Anti-histamine

Histamine ialah bahan yang dikeluarkan oleh sel-sel mast di dalam badan yang menyebabkan kesan-kesan allergik (alahan). Habbatus Sauda mengandungi bahan yang menghalang protein kinase C, sejenis bahan yang mencetus penghasilan histamine. Oleh kerana penghidap penyakit asma selalunya mengalami masalah alahan, habbatus Sauda mungkin baik diambil secara berterusan oleh pesakit-pesakit ini.

4. Anti-tumor

Kajian in vitro mendapati habbatus Sauda berupaya menghalang pembentukan sel-sel tumor. Oleh itu, ia baik untuk digunakan untuk membantu menghalang penyakit kanser.

5. Anti-bakteria

Penyelidikan ke atas bahan ini mendapati ia mempunyai aktiviti anti-bakteria . Habbatus Sauda didapati berupaya mengawal bakteria seperti E.coli, V.cholera dan spesies Shigella. Ini bermakna habbatus Sauda baik untuk mereka yang menghidapi beberapa jenis penyakit seperti cirit-birit dan masalah-masalah perut yang lain.

6. Anti-radang (anti-inflammation)

Habbatus Sauda didapati boleh mengurangkan radang (bengkak). Oleh itu ia baik untuk pesakit asma (mengurangkan radang dalam paru-paru), eczema (alahan yang menyebabkan gatal, kulit merah dsb.) dan arthritis (bengkak sendi).

7. Menggalakkan pengeluaran susu

Kombinasi lemak dan hormon yang didapati di dalam habbatus Sauda menyebabkan pengeluaran susu ibu yang menyusukan bayi bertambah.

Di Timur Tengah, minyak ini telah digunakan selama ribuan tahun sebagai ubat untuk segala macam penyakit alergi, radang, gangguan menstruasi, tekanan moral, dan depresi, tetapi terutama terhadap bronkhitis, asma, dan neurodermatitis serta pencernaan yang buruk, bahkan impotensi.

Bicara Al- Quran tentang Penyusuan

Terdapat lapan ayat al-Quran yang membicarakan soal penyusuan ibu iaitu:

1. Surah al-Baqarah ayat 233
“Dan ibu-ibu hendaklah menyusukan anak-anak mereka selama dua tahun genap iaitu bagi orang yang hendak menyempurnakan penyusuan itu; dan kewajipan bapa pula ialah memberi makan dan pakaian kepada ibu itu menurut cara yang sepatutnya...”.

2. Surah at-Talaq ayat 6
“... kemudian jika mereka menyusukan anak untuk kamu, maka
berikanlah kepada mereka upahnya; dan berundinglah di antara
kamu (dalam hal menyusunya) dengan cara yang baik. Dan
(sebaliknya) jika kamu (dari kedua pihak) mengalami kesulitan,
maka bolehlah perempuan lain menyusukannya”.

3. Surah an-Nisa’ ayat 23
“Diharamkan kepada kamu berkahwin dengan (perempuan-perempuan yang berikut): ibu-ibu kamu, dan anak-anak kamu, dan saudara-saudara kamu, dan saudara-saudara bapa kamu, dan saudara-saudara ibu kamu dan anak-anak saudara kamu yang lelaki, dan anak-anak saudara kamu yang perempuan, dan ibu-ibu kamu yang telah menyusukan kamu, dan saudara-saudara susuan kamu...”

4. Surah al-Qasas ayat 7
“Dan Kami ilhamkan kepada ibu Musa: Susukanlah dia, dalam pada itu, jika engkau takutkan sesuatu bahaya mengenainya (dari angkara Firaun), maka (letakkanlah dia di dalam peti dan)lepaskanlah dia ke laut; dan janganlah engkau merasa bimbang dan
jangan pula berdukacita; sesungguhnya Kami akan
mengembalikannya kepadamu, dan Kami akan melantiknya
menjadi salah seorang dari Rasul-rasul Kami”.

5. Surah al-Qasas ayat 12
“Dan Kami jadikan dia dari mulanya enggan menyusu kepada
perempuan-perempuan yang hendak menyusukannya; (melihatkan
halnya itu), kakaknya berkata: “Mahukah, aku tunjukkan kamu
kepada penduduk sebuah rumah yang dapat memeliharanya untuk
kamu, serta mereka tulus ikhlas kepadanya?”

6. Surah al-Hajj ayat 2
“Pada hari kamu melihat (peristiwa-peristiwa yang mengerikan)
itu, tiap-tiap ibu penyusu akan melupakan anak yang
disusukannya, dan tiap-tiap perempuan yang mengandung akan
gugurkan anak yang dikandungnya; dan engkau akan melihat
manusia mabuk, padahal mereka sebenarnya tidak mabuk, tetapi
azab Allah amatlah berat, mengerikan”.

7. Surah al-Ahqaf ayat 15
“Dan Kami wajibkan manusia berbuat baik kepada kedua ibu
bapanya; ibunya telah mengandungnya dengan menanggung susah
payah dan telah melahirkannya dengan menanggung susah payah.
Sedang tempoh mengandungnya beserta dengan tempoh
menceraikan susunya ialah dalam masa tiga puluh bulan…”

8. Surah Luqman ayat 14
“Dan Kami wajibkan manusia berbuat baik kepada kedua ibu
bapanya; ibunya telah mengandungnya dengan menanggung
kelemahan demi kelemahan (dari awal mengandung hingga akhir
menyusunya), dan tempoh menceraikan susunya ialah dalam masa
dua tahun)...”.

Dr Kertas kerja AL-QURAN DAN SAINS BERBICARA MENGENAI SUSU IBU
oleh: Prof. Madya Dr. Farahwahida Mohd Yusof, Zilal Saari, Marwah Saari

Tanda-tanda kanser!!!

Kita tidak akan tahu yang kita terkena kanser melainkan sel2 kanser telah pun terkumpul dan membengkak sedikit di lapisan bawah kulit.

Ambil 2 biji Habbatussauda sebelum tidur, 2 biji Habbatussauda selepas tidur, InsyaAllah Habbatussauda mampu memulihkan mereka yang terkena kanser.
Jom tengok slide

Soalan Kanser

1. Apa itu kanser?

Kanser ialah sel yang terhasil secara tidak normal dalam badan seseorang. Satu kelompok sel kanser dipanggil tumor dan jika tidak dirawat ia boleh membesar dan merebak ke anggota badan yang lain.

Tumor tidak berguna kepada badan, sebaliknya ia mengganggu dan mencuri zat daripada sel lain serta boleh membahayakan nyawa pesakit. Sel kanser tidak mempunyai bentuk khas, wujud dalam pelbagai saiz dan berbeza daripada sel sihat yang mempunyai bentuk seragam. Ia boleh dilihat dengan jelas di bawah mikroskop.

2. Apakah leukemia?

Leukemia ialah kanser sel darah putih. Ia dikategorikan kanser luar biasa kerana tidak mempunyai tumor. Walaupun sel ini ada dalam darah, tetapi tidak bermakna pesakit yang menghidap kanser jenis lain akan mendapat leukemia.

3. Apa yang menyebabkan kanser?

Punca sebenar bagaimana dan mengapa pertumbuhan sel yang tidak terkawal berlaku masih tidak diketahui. Bagaimanapun, kajian mendapati ia ada kaitan dengan tabiat, gaya hidup, pemakanan dan faktor geografi, seperti kanser paru-paru dikaitkan dengan tabiat merokok (ia sebenarnya boleh dielakkan).

4. Bagaimana kanser merebak?

Sel kanser akan membuat laluan sendiri dan menjangkiti dari satu tisu ke tisu lain. Lama kelamaan sel kanser yang bertambah banyak akan merebak dari kawasan permulaan ke organ lain melalui saluran darah atau sistem limfa. Rawatan awal boleh mencegah masalah ini.

5. Bolehkah ia diwarisi?

Secara umumnya, kanser tidak boleh diwarisi. Bagaimanapun, individu yang ada sejarah keluarga mempunyai risiko, tetapi anak tidak semestinya mendapat kanser. Paling penting, sel kanser juga tidak akan menjangkiti orang lain, walaupun melalui pemindahan darah.

6. Adakah semua tumor itu akan menjadi kanser?

Tidak. Tumor ada dua jenis: benigna dan malignan. Tumor benigna bermakna ia tidak merebak dan jarang berbahaya seperti ketuat dan sista. Tumor malignan pula akan merebak ke organ lain dan membesar sendiri sehingga menjadi barah.

7. Adakah semua kanser sama?

Tidak. Ada banyak jenis kanser yang menyerang organ badan. Sesetengah jenis kanser tumbuh perlahan, tetapi ada yang merebak cepat. Berlainan jenis kanser memberi kadar tindak balas berbeza terhadap rawatan.

8. Bolehkah kanser diubati?

Ya. Ramai penduduk Malaysia sembuh daripada kanser. Peluangnya berbeza mengikut jenis kanser, tetapi lebih awal ia dirawat peluangnya untuk sembuh lebih tinggi.

9. Bolehkah ia dikesan awal dan dirawat?

Ya, jika pesakit tahu tanda awal dan menjalani pemeriksaan kesihatan sebaik menyedarinya. Namun, kebanyakan orang mengabaikan tanda awal ini sehingga penyakit sudah merebak ke peringkat berbahaya.

10. Apakah tanda amaran kanser?

Senarai di bawah hanya tanda umum. Bagaimanapun, tanda ini juga boleh muncul bersama ketumbuhan benigna seperti ketulan pada payudara. Pun begitu, sebaik menyedari tanda ini, segera jalani pemeriksaan kesihatan.

- Kudis yang tidak sembuh selepas beberapa minggu.

- Pigmen atau ketuat yang semakin membesar, jadi hitam dan berdarah.

- Ketulan pada buah dada.

- Pendarahan vagina yang luar biasa (terutama di antara tempoh haid).

- Perubahan tabiat buang air atau najis berdarah.

- Air kencing berdarah.

- Masalah tidak hadam dan hilang selera makan.

- Sakit tekak dan batuk berpanjangan.

- Sukar menelan makanan.

11. Adakah kanser boleh menyerang tanpa tanda?

Ya. Dalam kebanyakan kes, kanser tidak menyebabkan sakit pada peringkat awal. Ia menyerang dalam diam. Sakit hanya dirasai apabila kanser sudah merebak dan inilah sebabnya segera berjumpa doktor sebaik tanda awal dikesan dan jangan tunggu hingga sakit.

12. Adakah wanita dan lelaki mempunyai risiko sama diserang kanser?

Tidak. Secara keseluruhannya, lelaki lebih ramai mendapat kanser.

13. Apakah jenis kanser yang kerap menyerang lelaki dan wanita?

a. Wanita: Kanser payudara, serviks, kolon, ovari, leukemia dan paru-paru. Kanser payu dara ialah insiden paling kerap membabitkan 30.4 peratus daripada semua jenis kanser di kalangan wanita.

b. Lelaki: Kanser paru-paru, prostat, nasofariks, usus, leukemia dan rektum. Kanser paru-paru menunjukkan insiden paling tinggi iaitu 13.9 peratus bagi semua jenis kanser yang menyerang lelaki.

14. Wujudkah zon umur bahaya dan adakah kanser juga mempunyai ciri ini?

Secara amnya, kanser boleh menyerang sesiapa saja, tidak kira berapa umur mereka. Bagaimanapun, ia biasanya berlaku pada orang dewasa, terutama selepas 40 tahun. Jadi ketika ini, jika ada tanda awal kanser, segera berjumpa doktor.

Bagi wanita pula, buat pemeriksaan payudara sendiri setiap bulan (beberapa hari selepas habis haid) dan ujian pap smear (jika mempunyai kehidupan seks aktif) sekurang-kurangnya tiga tahun sekali.

15. Bagaimana kanser dirawat?

Rawatan awal penting kerana kebanyakan kanser merebak cepat. Ada beberapa kaedah rawatan iaitu:

a. Pembedahan.

b. Radioterapi (menggunakan radiasi tinggi seperti sinar-X, sinar gamma, radium atau bahan radioaktif).

c. Ubat antikanser. (Habbatussauda)

d. Hormon kadangkala beberapa hormon digunakan serentak, bergantung kepada jenis kanser. Kemoterapi bermakna menyuntik atau memberi ubat yang akan memusnahkan sel kanser tertentu kerana sesetengah sel kanser boleh dikawal menggunakan hormon.

Secara amnya, pembedahan bertujuan membuang semua sel kanser di tempat terbabit dan disusuli radioterapi sinar X atau gamma untuk memusnahkan tumor yang boleh menjadi kanser.

16. Bolehkah kanser dielakkan?

Dalam sesetengah kes, kanser boleh dielakkan. Contohnya, 90 peratus kes kanser paru-paru boleh dielakkan jika tidak merokok. Kajian saintis menunjukkan peratus daripada semua jenis kanser disebabkan faktor luaran

Panadol???

Bagi mereka yang percaya mujarabnya panadol, percaya juga Habatussauda untuk hilangkan sakit. Ada diantara kita yang sangaat rajin membeli Panadol dikedai dan telan 2-4 biji, kadang 6 biji sekali jalan untuk kurangkan sakit. Ngeri bila tengok! Sebab ramai dah mengatakan yang panadol tu dadah!! Once kita telan..dadah tu boleh hilang paling lama pun 5 tahun dari badan kita!!! cuba bayangkan kalau kita ambil tiap-tiap hari!!!

Makan panadol hanya nak kurangkan sakit kepala saja. Saya syorkn makan Habatussauda sebab ianyanya hilangkan sakit dan rawat sakit lain dalam badan.

Contoh seseorang tu dia ada sakit dada, sakit kepala,pening dan kadar kolestrol yang tinggi, bila dia makan serbuk Habatussauda yang dah dikapsulkan, once bila terbuka kapsul tu, Habatussauda akan spread ke seluruh tubuh untuk mengurangkan sakit dan seterusnya merawat 1 badan kita. InsyaAllah.

Semua ini dengan izin-Nya. Bagi mereka yang baru 1 bulan setengah amalkan Habatussauda, memang 80% sudah sihat dari penyakit-penyakit lama.

Saturday, July 13, 2013

Giveaway Ramadhan

Assalamualaikum semua. Di bulan yang mulia, ini saya akan menganjurkan Giveaway Ramadhan, bermula dari sekarang hinggalah akhir Ramadhan iaitu pada 29 Ramadhan 1434h bersamaan 7 Ogos 2013. Keputusan akan dikeluarkan pada hari Jumaat iaitu 16hb Ogos 2013.Pemenang akan dikira atas kreativiti dalam mempromosikan link https://www.facebook.com/ALTAMISHABATUSSAUDA dan blog http://arifbillahhabatusauda.blogspot.com/
Syaratnya mudah sahaja;

1) LIKE page https://www.facebook.com/ALTAMISHABATUSSAUDA

2) Menjadi Follower https://www.facebook.com/ALTAMISHABATUSSAUDA 
3) Sila 'Share' kan gambar GA ini
(dan pastikan publickan di wall anda ye)
4) Tagkan kepada seramai friend yang boleh tapi mesti lebih dari 5 (termasuk saya 
https://www.facebook.com/azleen.b.kamaruddin) Jika lebih ramai di tag, peluang besar untuk memenangi GA ini (^_^)
5) Kemudian, komen pada gambar GA ini  "saya telah menyertai Giveaway Ramadhan 1434H!!'
   dan sertakan link GA anda.
6) Siap! 

Thursday, July 4, 2013

Khasiat Habbatus Sauda


Habbatus Sauda ialah sejenis tumbuhan yang banyak didapati di kawasan Mediterranean dan di kawasan yang beriklim gurun. Banyak kajian telah dijalankan. Bagaimanapun kebanyakannya ditulis di dalam Bahasa Arab, oleh itu pendedahan terhadap dunia antarabangsa tidak banyak dibuat. Kadangkala ia digelar sebagai “bijirin hitam” atau “jintan hitam”.


Arab = Habbatus Sauda’, Habbatul Baraka, Kamun Aswad, Sinauj
Armenia = Shoushma
Estonia = Mustkoomen
India = Kalounji
Inggris = Nigella, love in a mist. Fennel Flower, Onion Seed.
Italia = Nigella
Jerman = Zwibelsame, Schwarzkummel
Kanada = Korijigi
Norwegia = Svartkave
Perancis = cheveux de venus, Aligelle
Rusia = Chamustika
Spanyol = Niguilla, Pasionara
Tamil = Karun Jiragam
Turki = Corekotu Siyah
Melayu : Jintan Hitam

Daripada Abu Huraira r.a. Nabi s.a.w. bersabda, “Habbatus Sauda ini menyembuhkan segala jenis penyakit kecuali Al Saam.” Aisyah r.ha. pun bertanya: ” Apakah Al Saam itu?” Jawab Baginda s.a.w. “Mati.” (Riwayat Al-Muslim)


Khasiat-khasiat yang terdapat pada Habbatus Sauda yang berikut adalah dipetik dari buku yang bertajuk “Rahsia Perubatan Habbatus Sauda’” yang dikarang oleh Dr. Hassan Syamsi Baasya dan diterjemahkan ke dalam Bahasa Malaysia oleh Abdul Khairi AL-Latifi.

Kajian-kajian yang telah dibuat membuktikan bahawa Habbatus Sauda mempunyai khasiat-khasiat perubatan yang berikut:

1. Asid Urik dan Gout
Membantu mengeluarkan asid urik dari badan dan mengelakkan dari terkena penyakit gout.

2. Asthma
Bahan “Nigellon” yang terdapat dalam Habbatus Sauda dapat mengurangkan kesukaran pernafasan dan serangan Asthma dan memberi menafaat dalam rawatan serangan yang terjadi ke atas pembuluh udara (bronchitis).

3. Selsema
Ia dapat menyembuhkan selsema.

4. Tekanan Darah Tinggi
Ia boleh merendahkan tekanan darah.

5. Alahan (Allergic)
Bahan “Nigellon” dalam Habbatus Sauda dapat mengurangkan pengeluaran bahan “Histamine” dan bahan-bahan yang menyebabkan kejadian alahan (allergic).

6. Pengeluaran Bahan Empedu (Bile)
Juzuk Karbonil dan Thymoquinone (dua kandungan asas di dalam Habbatus Sauda) mempunyai keupayaan dalam menambahkan pembuangan empedu dari pudi empedu, untuk mengelakkan dari kewujudan penyakit batu pundi empedu.

7. Melancarkan Pengeluaran Susu
Ia mempunyai kesan yang kuat ke atas pertambahan kelancaran pengeluaran susu pada ibu.

8. Kesendatan Pembuluh Darah (Thrombosis)
Ia mempunyai kesan ke atas sistem kesendatan pembuluh darah di dalam tubuh dan di luar tubuh. Maknanya darah yang mengalir akan berhenti dengan cepat akibat kecepatan pembekuan darah. Begitu juga ia mempunyai kesan ke atas kecergasan pemecahan fibrin di dalam darah tersebut.

9. Sistem Kekebalan (Immunity) Tubuh
Ia meningkatkan sistem kekebalan supaya dapat membunuh kuman-kuman (bacteria), virus atau sel-sel barah supaya dapat mengelakkan tubuh dari dijangkiti penyakit-penyakit.

10. Barah
Ia dapat melindungi tubuh dari wujudnya kesan-kesan beracun akibat kegunaan “Cisplatin”, yang digunakan dalam merawat bengkak-bengkak barah. Ubat “Cisplatin” ini, seperti lain-lain ubat yang digunakan untuk merawat bengkak-bengkak barah, menyebabkan kesan-kesan serangan sampingan (side effects).

11. Kuman-kuman
Ia amat aktif dan berkesan dalam membunuh beberapa jenis kuman seperti “E Coli”, “Strep.Fecalis” dan “Bacillus subtilis.” Ia juga mungkin berfaedah dalam melindungi gigi dari kejadian kerak-kerak kuning pada gigi (Plaques) dan kereputannya.

12. Ceret-Beret disebabkan Kuman
Ia dapat merawat masaalah ceret-beret dengan membunuh kuman-kuman yang menyebabkannya, seperti Kolerra, Shigella dan E.Colli yang berupaya menentang beberapa antibodi.

13. Kencing Manis
Ia dapat mengurangkan tahap kandungan gula di dalam darah.

14. Rheumatisme

Dalam bidang perubatan tradisional di timur tengah, ia digunakan sebagai bahan anti radang (Anti Inflammatory) dan anti-rheumatism (antirheumatic) dan digunakan dalam rawatan kepada migren.

Mereka yang alim di dalam bidang perubatan berkata: ” Antara manafaat-manafaat Habbatus Sauda ialah:
i . Ia bertindak menghilangkan bengkak.
ii. Ia amat berfaedah dalam membuang lendir dan gelema dan mengeluarkan angin.
iii. Jika ia ditumbuk halus dan diuli dengan madu lebah serta diminum dengan air panas ia akan mencairkan batu-batu karang, melancarkan air kencing dan haid.
iv. Jika ia ditumbuk halus dan diikat didalam kain kapas atau kulit lalu dicium, maka ia memberi menafaat dalam penyembuhan selsema.
v. Jika diminum seberat 1 mithqal (4.235 gram) Habbatus Sauda dengan air, ia memberi manfaat dalam merawat kesesakan nafas,
vi. Jika ia dibungkus dengan kain maka ia memberi manafaat dalam merawat sakit kepala yang sejuk,
vii. Jika Habbatus Sauda dimasak dengan cuka dan berkumur-kumur dengannya maka ia memberi manafaat menyembuhkan sakit gigi.”